Kenangan adalah kenyataan
Baik itu nyatanya baik
Atau nyatanya buruk
Yang hakiki tetap selamanya
Impian pula hanyalah bayangan
Setinggi Gunung Harapan
Sekecil busut di laman
Yang pastinya ia sementara
Kita tidak hidup dalam kenyataan
Tidak pula hidup dalam dunia impian
Kerana kita sesungguhnya berpijak
Di laluan masa: Kita pengembara
Kita adalah kenyataan bagi masa hadapan, impian bagi masa lalu