Monday, November 25, 2013

Senja Memori

Melihat terbenamnya mentari di ufuk senja
Menyingkap cebis-cebis kenangan di balik jendela hati
Betapa lelahnya hari yang berlalu
Sehingga sampai disini

Batu dan duri yang dipijak
Luka dan sakit yang ditangisi
Jalan panjang  yang dilalui sendiri
Dan malam yang sepi tanpa ditemani
Memberi bekas dalam hidup, memberi kekuatan berdiri

Setiap kali terjatuh
Kekuatan harus dicari
Setiap kali berputus asa
Hati masih perlu kembali
Terima kasih Tuhan setia disisi

Di senja memori ini
Berjalan … sendiri lagi, namun dengan senyuman
Kerana malam hampir tiba untukku berbaring
Di pelukkan kasih dan sayangnya

Biarlah bermimpi seketika dengan syurga
Jauh dari dunia hiba
Sehingga mentari menyapa pipiku semula

26 Nov 2013
Kota Marudu dan Kota Kinabalu

Thursday, August 16, 2012

Sekuntum bunga abadi



Seperti bunga api yang mekar sebentar
Seperti hujan yang singgah sementara
Seperti mimpi indah datang menjengah
Harapan hilang seperti daisi yang gugur

Semoga angin yang sentiasa bertiup
Menebarkan benih-benih yang baru
Ke taman memori ini

Kita masih terus percaya
akan indah sekuntum bunga
Walaupun ia akan layu juga
 yang abadi hanya wujud di jiwa.

Monday, February 06, 2012

Kehilangan

Hidup dan kematian
Dipisahkan oleh jarak kenangan,
Kenangan dan kerinduan
Dipisahkan oleh jarak rasa sayang,
Sayang dan pengorbanan
Apakah dapat berjauhan?

Jika tak dapat dilupakan
Pastikan ia sangat bererti
Kerna yang sedih
Tiada tempat dalam hati
Jika ia kenangan
Biarlah gembira sampai kematian

Kerinduan adalah perasaan
Dan bukan hanya perasaan
Kehilangan masa silam
Biarlah dilupakan sakitnya
Dalam jiwa wujud rindu
Biar menjadi cerita lalu

Rasa sayang mainan fikiran
Buat kita tertawa saat sayang hadir
Buat kita tertunduk saat cinta pergi
Biar sayang jadi ikatan
Biar Tuhan jadi penentu
saat ikatan terlerai dan saat tersimpul kembali

Pengorbanan adalah cinta
yang tidak terbelah bahagi
Pengorbanan adalah rindu
penantian yang setia
Pengorbanan adalah semua kenangan
hidup kita di masa lalu
Pengorbanan memberi kita hidup baru
Andai dengan yakin menunggu ...


Untuk sahabatku,
semoga  kau lebih kuat menghadapi hari-hari yang akan datang, kehilangan orang yang disayangi dalam hidup ini adalah kitar hidup yang harus kita tempuh... dalam hidup ini kita harus membuat pergorbanan... dan pengorbanan itu boleh jadi adalah nyawa orang yang kita sayangi, pastinya ia membunuh kegembiraan dalam hati, tapi ingatlah, setiap kenangan yang tercipta bersama orang itu bukanlah untuk ditangisi tapi dihargai, tangisan air mata yang terbit itu biarlah menceritakan rindu tapi esok masih ada untuk kamu, tak selamanya kita harus hidup dalam kesedihan, ... orang yang telah pergi itu akan kita temukan lagi di syurga... Tuhan Maha Kasih... sampai tiba saatnya untuk bertemu, hiduplah dengan baik  dan dapat tertawa gembira ...
With love,
Your Friend...


Wednesday, February 01, 2012

Ketika Adan Bersedih


Udara di ruang sesak ini
Sudah hilang erti wujudnya
Kehidupan tidak lagi dikongsi bersama
Kematian adalah pasti di setiap cerita
Nafas alam yang semakin lesu ini
Menanti saat  pasti terhenti
Telah tiba waktu malam serentak di seluruh benua
Penghujung kepada aeon yang angkuh
Kini di ambang gerbang antara syurga dan neraka
Termaktub ajal menunggu buana ini
Mungkin,
Kita tidak tertidur di malam pengakhiran ini
Kerana kita adalah pesakit insomnia
Dan bukan sedar alamiah
Akhirnya,
Saat langit bersedih
Kita hanya ternganga
Melihat subuh tidak lagi kembali...

Monday, December 19, 2011

Bawah bayang bulan

Aku bukan pengemis
mengutip sisa pagi
meminta sisa senja
Aku juga bukan penagih
di lorong belakang sudut kota
terketar meraba mencari marijuana
Aku tidak hidup dalam gelap
Aku hidup dalam terangnya cahaya purnama
Aku adalah kamu yang lupa siapa dirinya...

Wednesday, November 16, 2011

Kita Pengembara

Kenangan adalah kenyataan
Baik itu nyatanya baik
Atau nyatanya buruk
Yang hakiki tetap selamanya
Impian pula hanyalah bayangan
Setinggi Gunung Harapan
Sekecil busut di laman
Yang pastinya ia sementara
Kita tidak hidup dalam kenyataan
Tidak pula hidup dalam dunia impian
Kerana kita sesungguhnya berpijak
Di laluan masa: Kita pengembara
Kita adalah kenyataan bagi masa hadapan, impian bagi masa lalu


Friday, October 21, 2011

22nd March 2013 , Friday

This is a very special day for me .. "7777" days since I was born into this world! I'm waiting for the day >.<

http://www.convertunits.com