Wednesday, February 01, 2012

Ketika Adan Bersedih


Udara di ruang sesak ini
Sudah hilang erti wujudnya
Kehidupan tidak lagi dikongsi bersama
Kematian adalah pasti di setiap cerita
Nafas alam yang semakin lesu ini
Menanti saat  pasti terhenti
Telah tiba waktu malam serentak di seluruh benua
Penghujung kepada aeon yang angkuh
Kini di ambang gerbang antara syurga dan neraka
Termaktub ajal menunggu buana ini
Mungkin,
Kita tidak tertidur di malam pengakhiran ini
Kerana kita adalah pesakit insomnia
Dan bukan sedar alamiah
Akhirnya,
Saat langit bersedih
Kita hanya ternganga
Melihat subuh tidak lagi kembali...

No comments:

Post a Comment