This is a very special day for me .. "7777" days since I was born into this world! I'm waiting for the day >.<
http://www.convertunits.com
Friday, October 21, 2011
Friday, October 14, 2011
Montaj Kenyataan
Rintik-rintik akhir hujan pun telah habis membasahi rumput,
Dan fajar merekah lagi di horizon harapan.
Mentari mengewapkan embun,
Lalu membakar tunas-tunas harapan.
Angin semilir senja mula bertiup,
Menghembus debu-debu angan di padang harapan.
Bila mimpi kembali bertandang malam ini,
Biarlah hanya montaj kenyataan yang indah.
Aku letih bersandiwara di pentas HARAPAN.
Kota Kinabalu.
Thursday, October 13, 2011
Di tempat perkenalan kita
Semua tiada lagi disana,
Di tempat kita bermula,
Tempat dimana kita belajar-mengenal,
Erti sahabat,suka, sayang, cinta dan sedikit duka lara,
Kita tidak lagi disana,
Untuk bercerita tentang kita dan mereka,
Mereka juga tiada disana,
Tidak kedengaran bunyi suara dan hilai tawa ,
Tiada juga tangis manja dan marah-marah,
Mungkin kenangan juga tiada,
Tidak lagi bersama mimpi-mimpi malam kita,
Kerana terlupa tempat kita berkenalan buat kali pertama,
Aku ada pertanyaan untuk kita :
“Mungkinkah kita kembali ke sana?”
Kerana aku rindu berada disana,
Di tempat perkenalan kita.
Kota Kinabalu
Subscribe to:
Comments (Atom)