Semua tiada lagi disana,
Di tempat kita bermula,
Tempat dimana kita belajar-mengenal,
Erti sahabat,suka, sayang, cinta dan sedikit duka lara,
Kita tidak lagi disana,
Untuk bercerita tentang kita dan mereka,
Mereka juga tiada disana,
Tidak kedengaran bunyi suara dan hilai tawa ,
Tiada juga tangis manja dan marah-marah,
Mungkin kenangan juga tiada,
Tidak lagi bersama mimpi-mimpi malam kita,
Kerana terlupa tempat kita berkenalan buat kali pertama,
Aku ada pertanyaan untuk kita :
“Mungkinkah kita kembali ke sana?”
Kerana aku rindu berada disana,
Di tempat perkenalan kita.
Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment